"Jika Semuanya Milik Allah..Apakah Sebenarnya Yang AKu Ada..???"
Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.
Siapa yang
jadikan mata kita ?
Mereka menjawab : Allah
Lalu sang guru
katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ?
Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara
yang jahat ?
Mereka : (terdiam)
Sang guru tambahi lagi :
Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini
Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan
indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta
pelbagai hidupan yang menghiasinya.
Suatu hari nanti... jika kita
bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang
nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak
bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?
------------------
Cuba
awak rasa lidah dengan menggunakan jari.
Mereka : (memegang
lidah masing-masing)
Sang Guru berkata : Allah memberi rasa
masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui
lidah.
Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing
menganggukkan kepala)
Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita
gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ?
Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang
mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan
menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka
berdua ?
Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar
menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2
rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh
menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?
Mereka : (tertunduk
dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)
----------------------------------------
1 comment:
like2.. :)
Post a Comment