Tuesday, May 21, 2013

Al-Quran Kalam Allah


Al-Quran
Khazanah yang Allah turunkan kepada umat manusia.
Untuk dijadikan panduan dan pegangan hidup.
Kitab yang tiada tolak bandingnya.
Bacalah Al-Quran..
wahai anak muda mahupun tua..

Alangkah indahnya hati yang resah,gelisah dan tak tentu arah apabila dibacakan Al-Quran,
akan tenang,rasa sangat tenang dengan perlahan-lahan..
Keindahan alunan dan bacaan al-quran itu sendiri..

Kenapa taknak baca Al-Quran ?

Tahukah anda,dengan membaca Al-quran sahaja,kita bakal mendapat pahala yang banyak..
Tahukah anda,dengan membaca Al-Quran,hati kita akan tenang.

"Maksud Hadis Nabi SAW : "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitabullah,baginya satu amal kebajikan.Padahal setiap kebajikan dilipatkan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan alif laam miin satu hurud,tetapi alif satu huruf,laam satu huruf,dan miin satu hurud" 
(HR At-Tirmidzi)

Sunday, May 12, 2013

The right way.

Ibadah yang kita lakukan,
Ikhlas sepenuhnya ? 
atau
ada udang di sebalik batu ?
and here where I met few words that inspire me.
Im just amazed when I read this,

"Takde cinta islam, cinta kafir. Hmmm, t'tanya2. Kalau Rasulullah saw hidup zaman kita, mungkinkah  baginda guna pendekatan cinta dalam kalangan remaja sekarang?
Saya mahu perkenalkan awak dengan sebuah komputer tapi saya dok m'ceritakan tentang keistimewaan butang "Enter" pada keyboard komputer t'sebut. Saya pun dok berangan betapa istimewanya butang "Enter" tersebut. Tak sabar nak tengok butang tu bila b'kenalan nanti. Sejumpanya saya dengan komputer t'sebut, baru saya sedar bahawa fungsi komputer jauh lebih banyak dari itu. 
Saya lupa memikirkan kebijaksanaan Pencipta komputer dan tujuan utama komputer itu diciptakan"

*********************

"Benar ukhti, ramai daripada golongan rijal dan nisa' atau lebih mudah remaja dan dewasa muda mengutamakan nikah dan mencari cinta meskipun yang halal sebelum mencari cinta Ilahi.
Ini sebabnya mereka memandang nikah sebagai kemudahan dan kesenangan bukannya tanggungjawab dan bebanan.
Nikah menjadi barakah bila bukannya hanya didapati daripada cara halal tetapi juga kerana mempunyai cinta yang sama yakni kepada Ilahi. 
Lillahi ta'la dalam segalanya. Amalan sebagai perantara, alat ke arah Jannatu Firdaus. Berbalik semula kepada misi Mardhatillah yang dikejarkan"


Thursday, May 9, 2013

Jadi yang lebih baik.

Jadi yang lebih baik..
Ingin berubah..
Bagus..
tapi,kerana dia atau kerna Dia ?
What's your really intention for?
Hoping for better spouse huh?
Maybe..
Its not that sincere,your niat is little bit out of the track.
Let's do it just for Him !
For Allah S.W.T !
Remember that He is the best planner.
the best planner for your life.
the best planner for your future..
the best planner for your rezki..
the best planner of everything..
inshaAllah.
Husnuzon(sangka baik) always :)
Pintalah..
Mengadulah..
Dia yang satu.
Dia yang Maha Mendengar..
keluhan hambaNya yang bertaqwa.

Allah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”  
-Al-Hujuraat ayat 12 -

Thursday, April 11, 2013

PASUM 2012/2013.

Bismilllah,
Alhamdulillah,syukur kepada Allah swt yang telah mengizinkan aku masih bernafas sehingga hari ini.
Alhamdulillah,syukur kepada Allah swt aku masih dapat melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Begitu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita,dari kecil hingga ke besar.
Malahan jika kita mahu kira nikmat tubuh badan kita,sudah tak terhingga bilangannya.

Alhamdulillah,hampir setahun sudah berlalu,mencari ilmu di PASUM,akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Sedar tak sedar aku dapat lihat hikmah kerana apa aku ditakdirkan belajar di PASUM.
Kerana apa tidak aku ditempatkan di mana-mana pusat persediaan luar negara atau mana-mana pusat pengajian sekalipun. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu.

Bermulanya di sini,aku belajar mengenali orang. Di mana aku dapat lihat orang belajar dan terus belajar,tidak lupa kepada amal ibadahnya,masih tidak mendapat keputusan yang baik. Dimana aku lihat orang yang belajar dan terus belajar tetapi lupa tanggungjawabnya sebaga hamba Allah,masih mendapat keputusan yang baik. Definisi berjaya di sisi Allah swt bukanlah terletaknya pada kepandaian seseorang,tetapi terletak pada iman dan taqwa.

Janganlah salah anggap dengan situasi di atas,bersangka baiklah kepada Allah,kerana Allah swt tahu yang terbaik buat kita. Allah is the best planner.



Alhamdulillah,bermula di sinilah aku bertemu dengan rakan seperjuanganku. Sahabat sering mengingatkan aku tentang solat,mengingatkan aku tentang dosa,memberi nasihat dan membimbingku dalam pelajaran.
Susah nak jumpa student yang dengar azan terus tutup laptop sedangkan masih bermain Warcraft secara LAN. Susah nak jumpa student yang puasa sunatnya sukar nak tinggal.
Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan mereka.

Bermulanya disini aku belajar bangun dari jatuh yang sakit,yag tak pernah aku alami.
Ego 'pandai' yang tersemat dalam diri ini ditolak begitu sahaja.Pernah aku terfikir,mengapakah aku bodoh sangat ? Kenapa aku tak boleh buat ? Aku dah berusaha kenapa masih keputusan sebegini ?





Disinilah,kita kena belajar meletakkan sepenuh pengharapan kita kepada Allah swt.
Kita kena yakin Allah sayang kita,Dia mahu menguji hambaNya,Dia rindu akan rintihan hambaNya.
Sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya jika Allah tahu bahawa hambaNya itu tak mampu untuk tempuhinya.


Somehow apa yang kita suka ,tak semestinya baik untuk kita dan apa kita tak suka,itulah yang terbaik .
InshaAllah,aku masih memperbaiki diri,betulkan apa yang tak betul,tegur apa yang salah.
Jika ada rezeki dapat sambung degree in Applied Geology,syukur.
Janji ada suasana 'dakwah' di sana.



p/s: Thank you to Saudara Azfar Hamdi for making such a beautiful video :)

14/4/2013
PASUM 2012/2013,moments to memories.