Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura :)

salam
Hari ni 9 Muharram,so makennye esok 10 Muharram la kan ? haa,kan hari asyura tu.
jomla puasa ramai.tau tak hari asyura ni ape? takpe2,sape2 yg terlupa tu meh aku tolong ingtkan eh :)

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
 Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

So,pada tarikh 10 Muharram,banyak perkara bersejarah telah berlaku tahu? so,kite mestilah ambil tahu serba sedikit.Sejarah Islam tak tahu tapi artis korea keluar album baru tahu pulak kan ? haa,ok.
antara kejadian besar yang berlaku pada hari Asyura :
banyak kan ? tulah sebabnye kite harus berpuasa,walaupun sunat kan,pahalanya besar tahu tak?
Abu Qotadah Al Anshoriy berkata bahawa Nabi SAW pernah ditanyakan mengenai (keutamaan) puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab : “Puasa ‘Asyura’ akan menghapus dosa setahun yang lalu" (HR. Muslim no. 1162)
insyaAllah ,kalau kite puasa ikhlas,dosa2 kite akan diampunkan.tapi janganlah ambil kesempatan,lepas ni taknak  buat ibadah lain pulak.sebab dah rasa terjamin dosa diampunkan.jangan ehh. :D
p/s: panjang pula post kali ni -___-" harap2 berguna pada yg membacanye :)