Thursday, April 11, 2013

PASUM 2012/2013.

Bismilllah,
Alhamdulillah,syukur kepada Allah swt yang telah mengizinkan aku masih bernafas sehingga hari ini.
Alhamdulillah,syukur kepada Allah swt aku masih dapat melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Begitu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita,dari kecil hingga ke besar.
Malahan jika kita mahu kira nikmat tubuh badan kita,sudah tak terhingga bilangannya.

Alhamdulillah,hampir setahun sudah berlalu,mencari ilmu di PASUM,akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Sedar tak sedar aku dapat lihat hikmah kerana apa aku ditakdirkan belajar di PASUM.
Kerana apa tidak aku ditempatkan di mana-mana pusat persediaan luar negara atau mana-mana pusat pengajian sekalipun. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu.

Bermulanya di sini,aku belajar mengenali orang. Di mana aku dapat lihat orang belajar dan terus belajar,tidak lupa kepada amal ibadahnya,masih tidak mendapat keputusan yang baik. Dimana aku lihat orang yang belajar dan terus belajar tetapi lupa tanggungjawabnya sebaga hamba Allah,masih mendapat keputusan yang baik. Definisi berjaya di sisi Allah swt bukanlah terletaknya pada kepandaian seseorang,tetapi terletak pada iman dan taqwa.

Janganlah salah anggap dengan situasi di atas,bersangka baiklah kepada Allah,kerana Allah swt tahu yang terbaik buat kita. Allah is the best planner.



Alhamdulillah,bermula di sinilah aku bertemu dengan rakan seperjuanganku. Sahabat sering mengingatkan aku tentang solat,mengingatkan aku tentang dosa,memberi nasihat dan membimbingku dalam pelajaran.
Susah nak jumpa student yang dengar azan terus tutup laptop sedangkan masih bermain Warcraft secara LAN. Susah nak jumpa student yang puasa sunatnya sukar nak tinggal.
Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan mereka.

Bermulanya disini aku belajar bangun dari jatuh yang sakit,yag tak pernah aku alami.
Ego 'pandai' yang tersemat dalam diri ini ditolak begitu sahaja.Pernah aku terfikir,mengapakah aku bodoh sangat ? Kenapa aku tak boleh buat ? Aku dah berusaha kenapa masih keputusan sebegini ?





Disinilah,kita kena belajar meletakkan sepenuh pengharapan kita kepada Allah swt.
Kita kena yakin Allah sayang kita,Dia mahu menguji hambaNya,Dia rindu akan rintihan hambaNya.
Sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya jika Allah tahu bahawa hambaNya itu tak mampu untuk tempuhinya.


Somehow apa yang kita suka ,tak semestinya baik untuk kita dan apa kita tak suka,itulah yang terbaik .
InshaAllah,aku masih memperbaiki diri,betulkan apa yang tak betul,tegur apa yang salah.
Jika ada rezeki dapat sambung degree in Applied Geology,syukur.
Janji ada suasana 'dakwah' di sana.



p/s: Thank you to Saudara Azfar Hamdi for making such a beautiful video :)

14/4/2013
PASUM 2012/2013,moments to memories.