Friday, January 6, 2012

Pilihan Kursus 7: Perakaunan Dan Kewangan


Penjelasan kursus:
Berdasarkan pengalaman saya mengambil kursus ni, saya boleh katakan kursus ni sangat berbeza dengan kursus-kursus lain di mana kita bukan setakat membaca dan bukan setakat membuat pengiraan. Perakaunan (accounting) dan kewangan (finance) memerlukan kedua-duanya pasa masa yang sama.
Pelajar seharusnya mampu memahami ‘nature’ ekonomi dan perlu membaca isu-isu semasa mengenai ekonomi. Kursus ni juga bukan setakat tambah, tolak, darab atau bahagi tetapi juga perlu tahu kalkulus dan aplikasi-aplikasi statistik.
Untuk tahun satu, anda akan didedahkan dengan subjek accounting (financial and management accounting), economics (micro, macro and economics equations), quantative method for finance (di sini anda akan belajar math dan formula-formula). Masuk tahun kedua, salah satu subjek saya ialah financial engineering yang berbeza dengan subjek-subjek lain. Saya juga akan mempelajari subjek business law. Tahun ketiga akan ada subjek econometrics.
Pada pendapat saya, course ni menarik sebab saya berpeluang mempelajari subjek engineering, law dan economics. Selain itu, yang menarik mengenai course ni juga, anda akan mendapat pengecualian untuk kertas-kertas tertentu bila anda mahu membuat charted sama ada ICAEW atau ACCA.
Cabaran:
Saya boleh katakan yang anda perlu membuat banyak latihan untuk subjek seperti math dan accounting untuk membiasakan diri dengan formula-formula dan stardard serta format accounting. Bagi saya, finance yang paling susah kerana saya lemah dalam subjek math. Bagi orang lain, mungkin mereka susah untuk belajar economics dan management kerana perlu banyak membaca dan mengingat.
Selain itu, anda perlu menguasai skill untuk berkomunikasi kerana apabila sesuatu projek ingin dijalankan, kadang-kadang anda perlu menemuduga banker dan manager. Bila anda mengambil course ini, anda juga boleh berpeluang untuk menjadi banker atau manager yang memerlukan anda bercakap kerana banyak presentation perlu dilakukan secara individu atau berkumpulan. Tetapi ia tetap menyeronokkan kerana kita berpeluang bertemu dengan ramai orang dan berkongsi pengalaman dan idea, bukan setakat kita membaca buku-buku.
Anda juga harus membentangkan idea-idea dan mencari penyelesaian untuk mock business. Biasanya, research project mesti berdasarkan ‘real business and people’. Anda perlu mempunyai minat dalam business yang berkaitan dengan bond, insurance, tax dan sebagainya. Anda juga perlu tahu kadar inflasi semasa, kadar cukai.
Assesment mungkin dalam bentuk esei yang panjang atau seperti pengiraan math. Anda mungkin juga akan berjumpa dengan multiple choice question (MCQ). Untuk subjek management dan economics, anda tak akan dapat markah yang tinggi hanya dengan menghafal satu buku tanpa mengetahui situasi dunia sekarang. Untuk math dan finance, anda boleh score dengan membuat latihan yang cukup.
Untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan universiti di UK hanya akan ada satu peperiksaaan pada setiap tahun. Ini bermakna sekiranya anda gagal tahun tersebut, anda perlu repeat tahun tersebut dan ambil semula semua subjek walaupun hanya satu subjek yang gagal. Jadi, nak tak nak kenalah lulus semua subjek.
Peluang kerja:
Accountant, banker, managers (HR, financial, management), insurance companies, financial consultant, broker for shares, bonds etc. lecturer, teacher.
Subjek SPM yang perlu dikuasai:
English, Math, Add Math, Prinsip Perakaunan, Ekonomi. Kalau anda dari aliran Sains dan ingin memohon biasiswa seperti Petronas, mereka juga akan lihat subjek Fizik. Kalau math anda bagus, ia sangat membantu anda. Untuk pelajar aliran Sains, anda juga boleh menjadi pelajar Accounting dan Finance dan kebanyakan kawan saya juga datang dari aliran Sains.
Jika hospital memerlukan doktor, kilang memerlukan jurutera tapi kedua-duanya memerlukan kami, akauntan!
website : Here !

No comments: